Ahad, 6 Januari 2013

Apakah itu Komunikasi?



Definisi Komunikasi

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu yang lain. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman.


Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Proses komunikasi

Komunikasi boleh dilihatkan sebagai proses untuk menghantar maklumat yang tertakluk kepada tiga tingkat peraturan semiotik:

  • Sintaks (sifat tanda dan simbol yang formal)
  • Pragmatik (berkenaan dengan hubungan antara tanda/ungkapan dan pengguna)
  • Semantik (kajian tentang hubungan antara tanda, simbol, dan maknanya).


Oleh itu, komunikasi merupakan interaksi sosial antara sekurang-kurangnya dua ejen berinteraksi yang berkongsi satu set tanda serta satu set peraturan semiotik yang sama.Perbualan merupakan sejenis komunikasi yang kedua-dua pihaknya saling menghantar dan menerima maklumat. Teori pengawalan bersama memerihalkan komunikasi sebagai satu proses selanjar yang kreatif dan dinamik, dan bukannya penukaran maklumat yang berasingan. Dalam model yang mudah, maklumat atau kandungan (misalnya, pesanan dalam bahasa sejadi) dihantar daripada penghantar kepada penerima menerusi saluran penghantaran, misalnya udara. Perantara komunikasi bukan sahaja membabitkan media massa dan media berita, tetapi juga merangkumi perantara tunggal yang digunakan untuk menyampaikan apa-apa data bagi apa jua tujuan. Bahantara ialah storan dan peralatan penghantaran data yang digunakan untuk menyimpan dan menghantar maklumat atau data. Jika wujudnya gangguan komunikasi dalam saluran penghantaran, maka penerimaan dan penyahkodan kandungan akan terjejas dan dengan itu, penghantar pesanan itu tidak akan mencapai kesan yang diingini.

Bahasa ialah sistem isyarat teratur daripada segi sintaks — misalnya intonasi, gerak isyarat, atau simbol bertulis — yang menyampaikan pemikiran atau perasaan. Kedua-duabahasa pertuturan dan bahasa tulisan manusia boleh diperihalkan sebagai sebuah sistem yang terdiri daripada simbol (leksem) serta juga peraturan tatabahasa yang mengolah simbol tersebut. Walaupun haiwan tidak memiliki sebarang bahasa tulisan, ia masih berkomunikasi dengan menggunakan bahasa, iaitu bahasa tersendiri.

Apakah Teknologi?







Teknologi

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.  Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.  Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.

Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas, berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.


Bentuk-bentuk Teknologi Masa Kini..

Sistem Sumber Manusia Kerajaan
Pengangkutan Awam
Penggunaan Telefon Pintar
Meja Masa Depan

Persidangan Video


Kebaikan Penggunaan Teknologi & Maklumat




Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah sangat penting untuk semua khususnya terhadap pendidikan dan sistem pembelajaran untuk meningkatkan tahap penggunaan bahan-bahan pengatahuan di kalangan pelajar. Terdapat beberapa implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-negara membangun. Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita,aktiviti kebudayaan,pengatahuan saintifik dan mempelajari cara interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan.Dengan adanya perkongsian maklumat, pengguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang ditawarkan. Kedua, pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan komputer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi.Peningkatan dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelajar bagi memudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line. Antara kelebihan ICT ialah membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dan infromasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem meklumat global dan infromasi sejagat. Seterusnya mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru, peningkatan pasaran bagi perkhidmatan pendidikan untuk individu dan institut dalam negara sedang menbangun, tidak terhad untuk mendapatkan maklumat dan memanafaatkan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menghasilkan maklumat yang banyak untuk kemahiran belajar, perkembangan dalam pembelajaran, dan keutamaan pelajaran.

Kesan Buruk Perkembangan Teknologi & Maklumat


Jenayah Siber


Sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke mana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan, perkembangan teknologi dan maklumat telah memberikan kesan buruk yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para remaja.  Antara kesan buruk tersebut adalah :-

- Penyebaran bahan-bahan negatif termasuk propaganda mengenai fahaman-fahaman tertentu, penghinaan terhadap agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan budaya kesopanan kita, dan berbagai-bagai bentuk kelucahan.

- Pengaruh negatif terhadap remaja Ini menyebabkan masalah pelayaran laman web yang berunsur pornografi semakin serius di kalangan remeja. Gambar-gambar pornografi di internet senang dicari dan tanpa pengetahuan orang lain. Dengan hanya klik tetikus sahaja mereka boleh mendapat sumber pornografi yang banyak. Hal ini menyebabkan mereka semakin ketagihan terhadap pencarian gambar pornografi di internet seterusnya berlakunya gejala-gelaja sosial seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, lari dari rumah dan kes-kes jenayah.

- Ancaman terhadap pengguna teknologi maklumat seperti penggodam, pengganas dan juga kartel dadah.

- Pencerobohan maklumat kerana internet tidak mempunyai badan-badan penapis yang rasmi, tiada lembaga pengarah, tidak dimiliki oleh ekuiti tertentu. Medium ini terbuka luas untuk diterokai oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini penapis utamanya adalah hati nurani pengguna itu sendiri.