Sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke mana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan, perkembangan teknologi dan maklumat telah memberikan kesan buruk yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para remaja. Antara kesan buruk tersebut adalah :-
- Penyebaran bahan-bahan negatif termasuk propaganda mengenai fahaman-fahaman tertentu, penghinaan terhadap agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan budaya kesopanan kita, dan berbagai-bagai bentuk kelucahan.
- Pengaruh negatif terhadap remaja Ini menyebabkan masalah pelayaran laman web yang berunsur pornografi semakin serius di kalangan remeja. Gambar-gambar pornografi di internet senang dicari dan tanpa pengetahuan orang lain. Dengan hanya klik tetikus sahaja mereka boleh mendapat sumber pornografi yang banyak. Hal ini menyebabkan mereka semakin ketagihan terhadap pencarian gambar pornografi di internet seterusnya berlakunya gejala-gelaja sosial seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, lari dari rumah dan kes-kes jenayah.
- Ancaman terhadap pengguna teknologi maklumat seperti penggodam, pengganas dan juga kartel dadah.
- Pencerobohan maklumat kerana internet tidak mempunyai badan-badan penapis yang rasmi, tiada lembaga pengarah, tidak dimiliki oleh ekuiti tertentu. Medium ini terbuka luas untuk diterokai oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini penapis utamanya adalah hati nurani pengguna itu sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan